FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
"Falsafah Pendidikan Khas
mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi
semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak
dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan
sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam
masyarakat."
Huraian Falsafah Pendidikan Khas
-
Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Khas
-
Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan
dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan
fizikal, pembangunan dan lain-lain.
-
Menyediakan perkembangan kemahiran
intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan
individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
-
Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education
for all).
-
Segala program yang dirancang dan dibentuk
hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.
-
Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak
dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan
berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan
percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial,
intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
-
Menghasilkan individu yang mempunyai
kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat
bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
-
Menghasilkan sumber tenaga manusia
untuk pembangunan ekonomi negara.
-
Menyediakan individu yang mempunyai
nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin
dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan
negara.
-
Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa
dan belajar bersama-sama mereka.
-
Pendidikan khas adalah sebahagian dari
pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
-
Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
(IEP).
-
Mewujudkan norma-norma yang berteraskan
keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat
sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru
khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.
-
Menekankan pendekatan pendidikan dan
pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
-
Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan
yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
-
Mewujudkan program transisi bagi murid-murid
dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan
penyesuaian dalam budaya kerja.
-
Menghasilkan program-program yang berteraskan
pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan
keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja
sendiri.
-
Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan
program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
-
Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan
keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam
cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan
peperiksaan SPM.
-
Menentukan perlaksanaan kombinasi mata
pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan
SPM.
-
Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar
dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun
dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
-
Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan
pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil
peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.
-
Menentukan sebilangan pelajar-pelajar
dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas
Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.
-
Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan
pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman
mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian
Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.